fbpx

Neelofa, Haris semakin kelakar – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDUTAN video TikTok peminat yang berkongsi gelagat Neelofa menyakat suaminya, Haris.

NAMA pasangan popular Neelofa dan Haris Ismail tidak perlu lagi diperkenalkan kepada umum.

Hari demi hari ada sahaja gelagat lucu mereka muncul dalam media sosial. Sehinggakan ramai mengatakan pasangan berkenaan semakin terserlah sifat lucu mereka.

Ada sahaja cara Haris nak mengusik isteri tercinta terutama ketika sedang bersiaran langsung dalam Instagram mahupun Facebook.

Mencuba pelbagai jenis ‘filter’ lucu dan Neelofa suka menyampuk dari belakang antara yang mencetuskan gelak tawa netizen.

“Tak sangka pasangan suami isteri ini sangat kelakar. Terhibur setiap kali menonton video mereka,” kata seorang netizen.

“Bahagianya Neelofa di samping imamnya. Dia memang dapat pasangan yang tepat,” puji seorang peminat mereka.

Sepertinya aura positif semakin banyak menghujani pasangan berkenaan berbanding sebelum ini.

Semoga berbahagia hingga ke syurga ya Neelofa dan Haris.

DIVA: Setiap hari semakin teruja menantikan berita tentang kelahiran bayi pertama Neelofa dan Haris. Agak-agaknya bayi lelaki atau perempuan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI