fbpx
WIRA Sudepja Rabu mengayuh berbasikal sambil membawa anaknya, Nur Wadihan di laluan berbukit di Bukit Miku, Rembau hari ini.- Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Kayuhan berbukit bawa anak istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar telah mendorong seorang bapa untuk sama membawa anaknya yang menghidap cerebral palsy berbasikal di laluan berbukit di Bukit Miku, di sini pagi tadi.

Wira Sudepja Rabu, 47, dan isterinya, Nur Murni Dona Mohd. Nordin, 48 dan anaknya, Nur Wadihan Wira Sudepja, 14 mengikuti laluan trek yang dikenali sebagai ‘killer climb’ bagi pengayuh basikal di Negeri Sembilan.

Sebelum berbasikal di laluan mencabar itu, Wira Sudepja memaklumkan sudah bersiap sedia daripada segi stamina yang agak tinggi demi mengayuh laluan berbukit berkenaan.

“Jika diikutkan memang ada rakan yang memaklumkan kawasan ini berbukit dan agak berbahaya serta tidak menggalakkan saya melalui laluan ini.

“Bagaimanapun, saya mendapat sokongan daripada penganjur acara Program Kayuhan Amal Fellowship Charity yang akan diadakan di Bukit Miku ini pada 13 Mac depan dan turut menyertai kayuhan pagi ini sebagai latihan.

“Laluan ini memang agak mencabar terutama saya yang membawa anak yang menghidap penyakit cerebral palsy, Alhamdullilah dia seronok dan nampak gembira,” katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Miku di sini hari ini.

Wira Sudepja dalam pada itu memaklumkan, mereka pernah mencatat rekod kedua dalam Malaysian Book of Records (MBR) bagi penyertaan kayuhan basikal rentas sempadan Malaysia -Thailand sejauh 222.2 kilometer.

Sebelum itu juga, anak istimewa itu mencatat rekod pertama MBR bagi dirinya setelah menyertai acara Kerian Incredible Dualthon kategori Sprinter sejauh 48 kilometer di Kerian, Perak pada 2018 bersama bapanya itu.-K! ONLINE

POPULAR