fbpx

Individu kayuh basikal tinggi curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang individu yang sedang mengayuh sebuah basikal tinggi dengan rekaan unik berjaya menarik perhatian orang ramai.

PETALING JAYA – Aktiviti berbasikal dilihat menjadi pilihan orang ramai tanpa mengenal usia di samping dapat meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan.

Namun, baru-baru ini aktiviti berbasikal tinggi menjadi trend masyarakat yang gemar melakukannya walaupun mempunyai risiko yang lebih besar.

Menerusi perkongsian video oleh @syahsabri di laman TikTok memaparkan rakaman seorang individu yang sedang mengayuh sebuah basikal tinggi dengan rekaan unik.

Video tersebut berjaya mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata mereka tertanya-tanya bagaimana untuk mengendalikan kenderaan dua roda tersebut yang berbeza dari kebiasaanya.

“Persediaan kenderaan untuk banjir mungkin,” kata Nurul.

“Risaunya tengok, macam mana dia nak turun dari basikal tinggi macam itu, perlu ada tangga atau bagaimana,” ujar Misyunaana.

“Sungguh mencabar nak panjat naik basikal, nak turun pun cabaran juga,” kata Azie Kamaruddin.

Sementara itu, perkongsian yang dimuat naik pengguna tersebut telah mendapat lebih 250 ribu tonton dan hampir 21 ribu tanda suka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI