fbpx

Admin KTMB sibuk balas komen netizen isu terlepas stesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairi Haikal kelihatan sugul selepas tidak dapat ke sekolah apabila kereta tidak berhenti di hentian Kuala Gris, Kuala Krai hari ini. FOTO YATIMIN ABDULLAH

PETALING JAYA – Insiden tren tidak berhenti untuk mengambil pelajar di hentian Kuala Gris, Kelantan pagi tadi menjadi topik bualan utama orang ramai menyebabkan kira-kira 100 pelajar tidak ke sekolah hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong hari ini.

Dalam pada itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah dan memaklumkan pihaknya memandang serius dan kesal dengan kejadian tersebut serta kakitangan yang terlibat telah digantung tugas.

Orang ramai memuji tindakan pantas pihak KTMB dalam menangani isu insiden tren yang tidak berhenti di hentian Kuala Gris.

Meninjau ke ruangan komen di Facebook rasmi KTMB, rata-rata orang ramai memuji tindakan pantas pihak KTMB dalam menyelesaikan isu berbangkit dengan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang berlaku dan segera memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

Sementara itu, admin KTMB dilihat sibuk membalas setiap komen dan mesej yang dihantar oleh orang ramai.

“Tahniah KTMB Berhad, respon yang pantas dan segera menyelesaikan isu yang berbangkit.” kata Fard Osman.

“Macam ini la bagus, cepat jawab, zahirkan kekesalan, mohon maaf dan menyiasat segera. Bukannya selindung,” kata Sharguna Dass.

“Tahniah KTMB segera bertindak dan mengakui kesilapan, dengan tegas mengambil tindakan ke atas pegawai yang terlibat. Terbaik KTMB dengan sikap yang tulus,” kata Saiful Rais. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI