fbpx
Antara pengunjung pusat hiburan ditahan dalam serbuan di di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail di sini, malam tadi.

35 pengunjung, pemilik pusat hiburan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 35 individu termasuk penganjur premis pusat hiburan serta warga asing ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menjalankan serbuan tersebut di sebuah premis kedai dua tingkat pada pukul 10.50 malam.

“Hasil serbuan mendapati pengunjung premis dengan kapasiti yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum minuman keras serta tiada penjarakan sosial melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4.

“Susulan itu polis menahan dua individu warga tempatan disyaki penganjur serta penjaga premis dan 33 orang pengunjung warga asing dari 21 buah negara.

“Kesemua tangkapan berusia lingkungan 18 hingga 56 tahun dan ujian saringan air kencing terhadap kesemua tangkapan negatif dadah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kompaun sebanyak RM1000 turut dikeluarkan terhadap 55 pengunjung lain termasuk pemilik premis menjadikan jumlah kompaun bernilai RM56,000.

“Polis turut merampas satu unit ‘mixing console’, pembesar suara dan satu unit mikrofon.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) APPPB 1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 PPDPPB 2021,” ujarnya. – K! ONLINE.

POPULAR