fbpx
ALISA Canales McGuire, 24, ditembak mati oleh seorang pembunuh yang diupah suami kakaknya, Kevin Lewis, 34, di Washington pada September 2017. - Newsflash

Pembunuh upahan tersilap bunuh mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang wanita mendakwa bahawa bekas suaminya tersilap membunuh saudara perempuannya selepas berkomplot untuk membunuhnya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Adik perempuan mangsa, Alisa Canales McGuire, 24, ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan yang menceroboh rumahnya di Washington pada September 2017.

Pada November 2021, Kevin Lewis, 34, didapati bersalah melakukan jenayah itu dan dipenjara seumur hidup tanpa parol oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Paul Thompson.

Menerusi dokumen mahkamah, Lewis dikatakan mengupah sepupunya yang berusia 18 tahun, Jerradon Phelps untuk membunuh bekas isterinya, Amanda Canales.

Phelps yang menerima upah sebanyak AS$2,400(RM10,101) untuk membunuh ibu kepada tiga anak itu, memandu ke rumah sasaran bersama teman wanitanya, Alexis Hale kira-kira pukul 2.55 petang (waktu tempatan). 

Bagaimanapun, Amanda ketika itu berada di luar bandar di New York untuk urusan perniagaan dan saudara perempuannya ditugaskan menjaga tiga anaknya.

Phelps bertindak melepaskan lima das tembakan pada Alisa setelah pintu rumah dibuka lalu melarikan diri bersama Hale. 

Polis memaklumkan bahawa dua suspek tersebut mempamerkan upah diterima mereka di media sosial beberapa jam selepas pembunuhan berlaku. Pasangan itu akhirnya ditangkap setahun selepas kes itu berlaku. – Agensi 

POPULAR