fbpx

Pekerja asing maut jatuh bangunan tingkat 49

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah JKKP WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ir. Zamzurin Maarof (dua dari kanan) sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja asing maut selepas terjatuh dari bangunan tingkat 49 sebuah tapak pembinaan dekat Jalan Kia Peng, di sini Khamis lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika pekerja binaan itu menjalankan kerja membaik pulih bumbung kilang tersebut.

“Mangsa berada di atas pelantar kerja sedang mengangkat dan menyusun ‘formwork’ sebelum terjatuh bersama ‘formwork’ yang tumbang secara tiba-tiba.

“Ini mengakibatkan mangsa terjatuh ke bawah bangunan melepasi ‘Doka Protection Screen’ yang dipasang,” katanya.

Jelas kenyataan itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang bertugas.

“Susulan itu, Pegawai Penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah menjalankan penyiasatan ke atas kejadian tersebut dan mengeluarkan Surat Larangan Mengganggu bagi melarang sebarang kerja dijalankan di tingkat 49 untuk tujuan penyiasatan dan menghentikan kerja melibatkan ‘formwork’.

“Pihak JKKP juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967,” ujarnya.

Tambah JKKP, pihaknya memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam dan menasihati majikan membuat analisa serta mengadakan kawalan risiko sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI