fbpx

Mayat bayi perempuan ditinggal di flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi perempuan ditemui di Blok A Flat Danau Kota pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat dan cukup sifat ditemui di sebuah flat di Setapak di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada saksi awam mengenai penemuan mayat bayi lebam itu di kawasan rumput dan beralaskan papan kayu.

“Siasatan awal mendapati mayat yang dijumpai dipercayai berusia sehari, namun bangsanya tidak pasti. Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI