fbpx

MAIS harap tiada perbuatan khurafat tolak banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz meninjau proses penyediaan makanan untuk mangsa banjir di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui hari ini.

HULU LANGAT – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berharap tiada ritual berunsur khurafat bagi mengelak bencana banjir dilakukan oleh mana-mana pihak di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, MAIS bagaimanapun tidak menerima sebarang laporan atau aduan berhubung perbuatan tersebut di Selangor setakat ini.

“Setakat ini tiada (aduan ritual cegah banjir di Selangor). Mudah-mudahan tiada (berlaku di Selangor),” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lui dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan menyampaikan bantuan barangan elektrik dan dana kewangan bernilai RM32,150 kepada mangsa banjir yang terjejas di Kampung Sungai Lui menerusi Program Tautan Kasih MAIS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI