fbpx

Dua gergasi England berebut Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dilaporkan sedia meninggalkan Bayern apabila kelab tersebut keberatan untuk memberikannya kontrak baharu. – AFP

LONDON – Liverpool dan Manchester City memantau secara dekat perkembangan penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski (Lewy) selepas dia dikatakan bersedia mencari ‘angin baharu’ dan mahu meninggalkan Bundesliga.

Pemain antarabangsa Poland itu dianggap penyerang paling sempurna ketika ini apabila nisbah jaringan yang berjaya dilakukannya hampir sama dengan jumlah penampilan sejak dua musim lalu, selain meledak 29 gol dalam 22 perlawanan Liga Juara-Juara.

Dia menjadi tonggak penting Munich selepas melengkapkan perpindahan pada 2014, namun musim ini dianggap sebagai musim terakhirnya bersama pasukan itu biarpun kontraknya akan berakhir pada 2023

Lewy turut dikaitkan dengan saingan di La Liga tetapi dua pa­sukan gergasi, Barcelona dan Real Madrid dilaporkan tidak begitu berminat untuk mendapatkannya menyebabkan pilihan yang dia ada ketika ini adalah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Real masih kekal inginkan pemain idaman mereka, Kylian Mbappe, manakala Barcelona pula dikaitkan dengan Erling Haaland.

Situasi berkenaan sekali gus mencetuskan persaingan hebat kedua-dua pasukan terbabit terutama Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan pengendali City, Pep Guardiola mempunyai hubungan rapat dengan Lewy sebelum ini.

Klopp pernah membimbing Lewy ketika bersama Borussia Dortmund, manakala Guardiola adalah individu yang bertanggungjawab membawanya ke ­Allianz Arena serta meningkatkan prestasinya ke tahap terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI