fbpx
Gambar hiasan.

43 kes penyakit berjangkit libatkan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Satu lagi kes baharu Covid-19 melibatkan mangsa banjir direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 466 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif Covid-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal dengan 15 kes serta tiada kes baharu dilaporkan.

Menurutnya, jumlah kluster Covid-19 di PPS juga masih sama iaitu satu kluster berikutan tiada pertambahan dilaporkan.

“Bagi kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir, sebanyak 43 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,402 kes.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (35 kes), penyakit kulit (satu kes) dan acute gastroenteritis (tujuh kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 58 PPS masih beroperasi di Johor (49), Pahang (enam) dan Melaka (tiga) melibatkan seramai 4,467 mangsa terjejas akibat banjir. -K! ONLINE

POPULAR