fbpx

X90 baru keluar ‘test drive’ kena cium Proton Waja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sebuah SUV X90 yang sedang dipandu uji terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di lebuh raya.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau, begitulah pepatah Melayu yang sesuai digambarkan dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna, Fadhiha Izzati di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X90 yang dipercayai sedang dipandu uji telah terlibat dengan satu kemalangan di lebuh raya apabila kenderaan itu dilanggar oleh pemandu Proton Waja dari arah belakang.

“Punya la teruja tengok kereta baru ini, lawa gila.

“Sekali selang beberapa minit, kemalangan pula,” katanya menerusi kapsyen di TikTok.

Lebih menarik, Proton X90 (Geely Haoyue) adalah sebuah SUV bersaiz besar yang dilancarkan di China awal tahun lalu dengan pelbagai pilihan, termasuk konfigurasi lima dan tujuh tempat duduk.

Selain itu, kenderaan tersebut juga telah dipasarkan di Filipina dan dijual sebagai Geely Okavango.

Sementara itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @rsdzkry turut memberi komen terhadap video itu dengan memaklumkan bahawa pemandu kenderaan SUV itu adalah bapanya.

“Cuma nak bagi tahu yang kena langgar tu bapa saya.

“Mereka tengah ‘test drive’, mungkin yang langgar itu tak fokus tengak kereta ada tampal banyak pelekat,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Mesti orang yang langgar itu terlalu asyik tengok kereta baru sampai tak sedar dah langgar belakang,” kata @sunflower.

“Meriah sangat kereta, tarik perhatian semua orang yang lalu sebelah, mana tak dilanggarnya, apa-apa pun hati-hati memandu,” kata Fauzi Amzar.

“Mungkin kereta belakang tu rasa alang-alang kereta baru dengan ‘test drive’, apa kata dia cuba langgar, tahan lasak ke tidak,” kata Azri Edison. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI