fbpx

Sindiket jual dos penggalak berleluasa di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas kesihatan menerima suntikan dos penggalak Covid-19 di sebuah hospital di Banda Aceh, 9 Ogos 2021. – AFP

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia mengesan aktiviti penjualan vaksin dos penggalak Covid-19 kepada  orang awam yang dipercayai dilakukan oleh sindiket haram, lapor portal berita Coconuts semalam.

Agensi Kesihatan Surabaya berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang mengaku bahawa mereka menerima suntikan dos penggalak Sinovac yang dijual pada harga 250,000 rupiah (RM73.20).

Agensi berkenaan percaya pengedaran secara haram dos penggalak di bandar itu sebenarnya lebih berleluasa berbanding apa yang diketahui dan terdapat sindiket yang menjadi dalang kepada aktiviti itu.

Sementara itu, sebuah pertubuhan awam yang menyediakan maklumat mengenai Covid-19 di Indonesia, Lapor Covid-19 berkata, ia telah menerima 71 laporan mengenai aktiviti penipuan berkaitan vaksin sejak September 2021.

Daripada jumlah itu, sebanyak 33 laporan adalah berkaitan dengan peruntukan haram bagi dos penggalak kepada individu bukan petugas kesihatan.

“Ogos dan September 2021 adalah bulan di mana orang ramai banyak mencari dos penggalak yang sepatutnya diberikan hanya kepada petugas kesihatan.

“Keadaan itu membuka peluang kepada munculnya aktiviti rasuah berkaitan vaksin,” kata seorang ahli Lapor Covid-19, Amanda Tan.

Pemerintah Indonesia akan memulakan pemberian dos penggalak kepada penduduknya pada 12 Januari ini dengan menyasarkan kira-kira 21 juta penduduk di 244 buah bandar atau wilayah yang telah memberi vaksinasi lengkap kepada sekurang-kurangnya 60 peratus daripada populasinya.

Sebelum ini, dos penggalak Covid-19 hanya diberikan kepada barisan petugas kesihatan negara itu, dan orang awam akan menerima suntikan tersebut minggu depan, pada harga yang belum didedahkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI