fbpx

[VIDEO] Pemandu lori pasir positif dadah rempuh 3 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kereta yang dirempuh lori yang membawa muatan pasir petang tadi.

AMPANG – Kegagalan brek dipercayai punca sebuah lori yang membawa muatan pasir merempuh dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di bawah rumah kedai Sri Bayu, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pemandu lori terbabit dan orang awam yang berada di tempat kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di lampu isyarat Jalan Bukit Permai ketika lori yang membawa muatan pasir seberat 22 tan dari arah Hulu Langat menuju ke kawasan Ampang.

“Semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat, lori tersebut dipercayai hilang fungsi brek lalu melanggar dua buah kereta dan sebuah motosikal yang diparkir di bawah rumah kedai Sri Bayu.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan-kenderaan yang terlibat,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, pemandu lori kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan hasil semakan mendapati pemandu tersebut memiliki dua rekod jenayah lampau tahun 2015 (tidak dikehendaki).

“Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan juga mendapati pemandu lori yang berusia 39 tahun itu positif dadah jenis syabu,” ujarnya.

Katanya, pihak polis akan mengemukakan permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI