fbpx

Kereta diserang tebuan, netizen cabar buka tingkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen orang ramai yang meminta individu itu membuka tingkap keretanya ketika diserang oleh sekumpulan tebuan yang mengganas.

PETALING JAYA – Tebuan merupakan antara serangga yang paling ditakuti disebabkan sengatannya yang berbisa boleh mengakibatkan tindak balas yang serius kepada badan dan fungsi organ manusia

Menerusi perkongsian video oleh @datoazray di media sosial baru-baru ini memaparkan sekumpulan tebuan menyerang keretanya yang sedang melalui laluan di kawasan kebun kelapa sawit.

Hampir puluhan ekor tebuan berada di keliling kereta seolah-olah sedang mengganas dan ingin menyengat mereka yang berada di dalam kereta.

Video yang dirakam dari dalam kereta tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian orang ramai yang turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan rata-rata mencabar lelaki itu membuka tingkap.

“Cuba buka tingkap kereta, baru tahu siapa yang hebat masa itu,” kata Shahrol Naim.

“Kesian dia, buka la tingkap bagi tumpang,” kata Mas.

“Ramainya peminat tunggu luar tingkap, agresif pulak semua tu,” kata Zamzuri Raizam.

Sementara itu, ada juga pengguna yang berkongsi pengalaman mereka disengat serangga berbisa itu.

“Saya pernah kena sengat tepat di kepala, terus demam panas hampir seminggu, teruk juga bengkak,” kata @Samaeonone9. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI