fbpx

Ini baru ‘real’ mafia ayahanda – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penampilan Awie yang mencuri tumpuan orang ramai ketika sedang berkonvoi motosikal berkuasa tinggi.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman sinonim dengan imej rock melalui penampilan dan pakaian yang digayakan.

Selain itu, beliau juga sering memuat naik gambar dan video menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya berjaya menarik perhatian orang ramai.

Terbaharu, pelakon yang popular menerusi Filem Hantu Kak Limah itu menjadi bahan bualan ramai apabila video konvoinya bersama pasukan tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh @nan6061, memaparkan penampilan terkini Awie yang dikatakan tampak hebat dan penuh bergaya telah mendapat pelbagai reaksi pengguna lain.

“Sumpah, bergaya betul Awie macam ini,” kata Faizzackk.

“Ini baru betul mafia ayahanda,” kata Piwit.

“Gempak la gaya ayahanda ini, macam pelakon hero bollywood,” Mohd. Taufiq Yasim. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI