fbpx

India catat kematian pertama berkaitan Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas kesihatan memakai sut peralatan perlindungan diri ketika merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Moradabad pada 5 Mei 2021. – AFP

NEW DELHI – Seorang warga emas berusia 74 tahun dari Rajasthan, India, menjadi individu pertama yang meninggal dunia akibat varian Omicron di negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Menurut pegawai, lelaki tersebut menghidap penyakit diabetes dan beberapa keadaan komorbid.

“Secara teknikalnya, ia merupakan kematian berkaitan dengan varian Omicron.

“Pesakit adalah seorang warga emas yang menghidap diabetes dan keadaan komorbid,” kata Setiausaha Bersama Kementerian Kesihatan India, Lav Agarwal dalam satu taklimat akhbar, kelmarin.

Menurut laporan akhbar The Indian Express, pesakit berkenaan dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Udaipur pada 15 Disember tahun lepas dan meninggal dunia 15 hari kemudian.

Doktor mengesahkan bahawa dia telah menerima vaksinasi lengkap.

India melaporkan sebanyak 2,630 kes Omicron setakat ini. Semalam, lebih 90,000 kes Covid-19 dicatatkan, hampir enam kali ganda meningkat bagi sepanjang minggu lepas yang dipercayai didorong oleh varian Omicron. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN