fbpx

FAM mulakan ‘post mortem’ kegagalan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memulakan langkah ‘bedah siasat’ dengan menubuhkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya susulan prestasi hambar pada kempen Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, badan siasatan bebas itu akan diketuai bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan yang bakal melantik beberapa individu lagi dalam masa terdekat.

“FAM melantik Dell Akbar yang juga bekas pemain skuad kebangsaan untuk mengetuai badan siasatan bebas ini. Beliau diberi mandat untuk melantik beberapa individu lain bagi melakukan bedah siasat.

“Mereka yang terbabit sudah pasti yang pernah memegang jawatan dalam bola sepak termasuk bekas pemain serta jurulatih tetapi tidak memegang sebarang jawatan di FAM ketika ini.

“Hasil bedah siasat daripada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya ini seterusnya akan dibentangkan oleh Dell Akbar bersama langkah-langkah penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, FAM sebelum ini meletakkan sasaran petunjuk indeks prestasi (KPI) kepada skuad Harimau Malaya sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian 2018 dengan melangkah ke pentas final Piala AFF 2020.

Namun, skuad yang dikendalikan Tan Cheng Hoe gagal menepati KPI yang ditetapkan apabila tersingkir daripada peringkat kumpulan termasuk tewas memalukan kepada dua seteru tradisi, Vietnam dan Indonesia.

Susulan itu, Cheng Hoe mengambil keputusan ‘gentleman‘ dengan meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta awal minggu ini meskipun kontraknya masih berbaki setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI