fbpx

Dua nenek bergaduh ganggu lalu lintas di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan dua nenek itu bergaduh di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular memperlihatkan kejadian dua nenek bergaduh seperti kanak-kanak di atas jalan sehingga mengganggu lalu lintas, lapor laman berita Suara.com. 

Video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama @noenk34 itu menunjukkan kejadian berlaku di simpang empat sebatang jalan. 

Seorang lelaki yang merakam kejadian berkata, pergaduhan itu dimulakan oleh nenek berbaju putih.

Kelihatan kelopak-kelopak bunga bertaburan di atas jalan setelah dilempar oleh mereka berdua. 

Ketika bergaduh, seorang nenek berbaju coklat dilihat cuba memukul nenek berbaju putih itu menggunakan dulang di tangannya. 

Mereka kemudian beredar setelah sedar diperhatikan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Memang betul orang cakap, sifat semula jadi kanak-kanak akan kembali bila sudah tua,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI