fbpx

Banjir : Pertimbangkan alternatif termasuk bina terowong pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ( tiga kanan depan) bersama penerima BSB hari ini

KLANG – Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan beberapa alternatif termasuk pembinaan terowong pintar
bagi mengelak kejadian banjir buruk daripada berlaku lagi di beberapa kawasan dalam negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, segala cadangan tersebut telah diutarakan semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 30 Disember dan semalam bagi membincangkan jalan penyelesaian berhubung isu ini.

“Segala cadangan seperti pembinaan ban, terowong pintar, kolam takungan air yang dalam serta mendalamkan beberapa buah sungai telah diutarakan.

“Semua cadangan ini akan dibentangkan dalam Retreat Exco Selangor pada bulan Februari nanti,” katanya selepas majlis penyampaian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Amirudin menyampaikan BSB kepada 21 mangsa banjir termasuk tiga mangsa yang menerima wang tunai RM10,000 susulan ahli keluarga mereka terkorban dalam bencana itu.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, seramai 15,000 mangsa banjir di seluruh Selangor telah menerima wang bantuan BSB.

Ujarnya, sebahagian besar mangsa yang mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri telah menerima BSB.

“Saya menjangkakan, jumlah pemohon bantuan ini akan bertambah memandangkan kita masih lagi membuka permohonan BSB.

“Justeru, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta fokus kepada program itu bagi memastikan mangsa mendapat bantuan berkenaan ,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI