fbpx

6 sungai di 2 negeri berada pada aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Johor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sejumlah 6 sungai di Pahang dan Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Di Pahang, tiga sungai di Pekan dan Bera melepasi paras bahaya antaranya Sungai Pahang di Kuala Chini, Pekan menunjukkan sungai itu berada pada paras 16.27 m (meter) dengan trend menurun serta Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera mencatatkan bacaan 26.48 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.48 m.

“Di Sungai Serting, di Jambatan Padang Gudang, Bera juga terus meningkat dengan bacaan 30.87 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.37m dengan trend menurun.

“Di Johor, paras air turut meningkat melibatkan Sungai Muar, di Liang Batu, Muar selepas paras air melepasi tahap bahaya iaitu 2.77 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.64m dengan trend menaik manakala Sungai Muar di Pancor, Muar merekodkan bacaan 2.41m juga melebihi tahap bahaya sebanyak 0.28m.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar dengan bacaan 3.37 m melebihi tahap bahaya sebanyak 1.02m dengan trend menurun,” katanya.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 5,554 daripada 1,550 keluarga dipindahkan ke 84 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9.20 pagi hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI