fbpx

MAHB salur RM3.7 juta buat kakitangan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar Mizal (kiri) menyerahkan sumbangan kepada beberapa wakil kakitangan dalam satu majlis kecil bertempat di Pejabat Korporat Malaysia Airports.

PETALING JAYA – Malaysia Airports menyediakan peruntukan RM3.7 juta untuk membantu kakitangannya yang terjejas ekoran bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung baru-baru ini.

Ia termasuk RM3 juta sumbangan tunai kepada 1,034 kakitangan Malaysia Airports yang terlibat serta pelbagai jenis bantuan dijalankan semasa banjir seperti misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara, bantuan keperluan asas dan pembersihan kediaman yang terjejas.

Sejumlah RM700,000 turut diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada mangsa yang berkelayakan, manakala usaha akan diteruskan untuk menolong mangsa yang menghadapi kesukaran.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, sebaik dimaklumkan tentang keadaan kakitangannya yang terjejas, pihaknya segera mengaktifkan inisiatif bantuan #MYAirportCARES berdasarkan keperluan semasa ketika itu.

“Sememangnya bencana banjir telah memberi kesan yang teruk kepada mangsa, lebih-lebih lagi dengan permulaan tahun baru, saya pasti ramai yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk persekolahan anak-anak.

“Syarikat berharap agar bantuan wang tunai dapat sedikit sebanyak meringankan lagi beban kakitangan kami, disamping mendoakan agar kakitangan yang terlibat supaya sabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI