fbpx

33 kes penyakit berjangkit mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak 33 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,303 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 33 kes tersebut, sebanyak 22 kes jangkitan saluran pernafasan akut, 10 kes penyakit kulit dan satu kes acute gastroenteritis.

“Dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 465 kes susulan tiada kes baharu hari ini selain tiada kes baharu dicatatkan di pusat perpindahan sementara (PPS) dan jumlah itu kekal 15 kes.

“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di PPS sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 98 PPS masih beroperasi di Johor (66), Pahang (16), Sabah (9), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (3) dengan angka keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 5,886 orang. -K!ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI