fbpx
Tengku Ahmad Badli Shah

Tengku Ahmad Badli Shah CEO baharu Agrobank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Agrobank mengumumkan pelantikan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkuatkuasa 3 Januari 2022.

Berbekalkan 29 tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan kewangan, Tengku Ahmad Badli Shah merupakan seorang yang berkaliber dan berpengalaman serta mempunyai sejarah prestasi yang membanggakan dalam industri.

Sebelum berkhidmat di Agrobank, beliau telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di beberapa institusi kewangan di Malaysia iaitu Pelaburan Mara Berhad, Kuwait Finance House dan HSBC Bank Malaysia Berhad.

Pengerusi Agrobank, Datuk Mustapha Buang berkata, pihaknya amat mengalu-alukan pelantikan Tengku Ahmad Badli Shah dalam menerajui tampuk pimpinan di Agrobank.

“Kami yakin menerusi pengalaman luas beliau dalam perancangan strategik, pembangunan perniagaan, perundangan dan pembiayaan patuh syariah, ditambah pula dengan kemahiran kepimpinan akan mengukuhkan lagi kedudukan Agrobank sebagai sebuah peneraju institusi kewangan pertanian terkemuka di Malaysia.

“Pihak Lembaga Pengarah Agrobank juga yakin beliau mampu memacu dan menerajui fasa penting Agrobank, seterusnya membantu komuniti yang kurang mendapat perhatian serta mengubah landskap kewangan berasaskan pertanian melangkaui perbankan,” katanya dalam satu kenyataan.

POPULAR