fbpx
Ganesparan

PDRM buru Ganesparan Nadaraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan, setelah waran tangkap dikeluarkan berhubung kes mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap Institusi Diraja dan kerajaan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, Ganesparan Nadaraja, 40, dikehendaki bersabit waran tangkap Ewa3836752 yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Kuala Lumpur pada 20 Disember lepas.

“Ia berikutan kegagalan lelaki itu untuk hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

“Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, Superintendan Junainah M. Kasbolah di talian 019-705 1222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Shahrir Mohamad di talian 019-541 4014.

Terdahulu, media melaporkan, PDRM memburu seorang lelaki apabila beliau menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia, yang tular di media sosial, pada 26 Jun lalu.

Menurut Abd Jalil, sejak tahun 2018 hingga kini, polis membuka 18 kertas siasatan terhadap lelaki itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

POPULAR