fbpx
Abdul Hamid Ramli

Bekas penjaga gol negara era 70-an meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Bekas penjaga gawang negara era 70 dan 80-an, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia di kediamannya di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian di sini pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas pemain Kelantan menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 69 tahun pada pukul 3.24 pagi.

Anaknya, Mohd. Zaki, 38, ketika dihubungi Kosmo! berkata, arwah ayahnya meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas akibat serangan jantung.

“Ayah tidak menunjukkan sebarang kelaluan pelik, namun sebelum menghembuskan nafas terakhir dia sempat mewakafkan beberapa naskah al-Quran atas nama kami adik beradiknya,” katanya.

Mohd. Zaki memberitahu, jenazah ayahnya akan disemadikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Chat, Kota Bharu.

Pencapaian terbaik yang pernah dikecapi oleh Abdul Hamid sepanjang bergelar pemain ialah membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1976 dan 1979.

Selain bergelar pemain bola sepak, Abdul Hamid pernah menggalas tanggungjawab sebagai pernah jurulatih penjaga gol kepada beberapa pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN