fbpx

Banjir: Air Selangor beri pengecualian bil bagi pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Apartmen Mediterranean Alora dilihat membasuh pakaian yang terkena banjir ketika tinjauan pasca banjir di Apartmen Mediterranean Alora, Taman Sri Muda, Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memberikan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengecualian bayaran bil air itu merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh satu bulan secara automatik yang mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar sebarang borang kepada Air Selangor.

“Sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor,” katanya.

Jelasnya lagi, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan.

“Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter selain boleh membuat aduan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI