fbpx

Alias dilantik Pengerusi Kumpulan G3 Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – G3 Global Berhad (G3 Global) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Alias Ahmad sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dan Pengerusi Kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia, pelantikan tersebut adalah untuk
menggantikan Datuk Wan Khalik  Wan Muhammad yang telah meletak jawatan  sebagai Pengarah Syarikat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah.

Alias, 63,  sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum bersara pada 22 Mei 2018.

Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam Malaysia dan telah
memegang banyak jawatan penting dalam kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI