fbpx

UTK tawan Kinabalu sempena Ulang Tahun ke-47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dalam misi mengibarkan bendera pasukan itu bersempena Ulang Tahun UTK ke-47 di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

KOTA KINABALU – Semangat kental dan kerjasama sepasukan menjadi pendorong kepada kejayaan sekumpulan lima pegawai dan anggota dari Unit Tindakhas (UTK), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman dalam misi mengibarkan bendera pasukan itu bersempena Ulang Tahun UTK ke-47 di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Pendakian selama dua hari menawan puncak tertinggi di Malaysia itu bermula pada 20 Disember lalu melibatkan dua Pegawai Kanan dan tiga Pegawai Rendah Polis dari UTK.

Ketua Misi Pendakian, Asisten Superintendan Polis Raja Mohd. Shahril Raja Haris berkata, pendakian hari pertama melibatkan perjalanan hampir enam jam dari Timpohon di Taman Kinabalu menuju Laban Rata.

“Misi diteruskan pada hari kedua apabila kesemua pendaki memulakan pendakian seawal pukul 2.30 pagi sebelum kelima-lima peserta menawan puncak Gunung Kinabalu tepat pukul 5.30 pagi.

“Lebih membanggakan apabila kami berjaya mengibarkan bendera Unit Tindakhas dengan penuh megah bersama kain rentang ucapan Ulang Tahun UTK ke-47 dengan slogan Keep Our Flag Flying High,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Raja Mohd. Shahril. program berkenaan diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun UTK ke-47 yang disambut pada 1 Januari 2022 selain bertujuan untuk menguji tahap kecergasan dan kesihatan dari segi mental mahupun fizikal operatif-operatif UTK.

Katanya, ini selaku dengan moto yang sememangnya sinonim dengan UTK iaitu ‘Tangkas, Banteras, Ganas’.

“Apa yang lebih penting lagi, program ini telah memberi pendedahan kepada operatif UTK bagi mengendalikan sesebuah aktiviti atau program yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

“Kami juga berpeluang mempelajari selok belok mengenai kehidupan di Gunung Kinabalu serta memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam semula jadi,” tambahnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI