fbpx

Suami layan isteri obses naik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yazid berkongsi gambar isteri dan anaknya yang tertidur di dalam kereta.

PETALING JAYA – Seorang suami sudah pasti sanggup berkorban melakukan apa sahaja demi kebahagiaan isteri tercinta.

Menerusi satu hantaran di Facebook Mohd. Yazid Ismail menjelaskan beliau sanggup melayan karenah isterinya yang suka duduk sahaja di dalam kereta berjalan-jalan tanpa destinasi.

Katanya, isternya adalah seorang peminat kereta tegar serta obeses naik kereta.

“Isteri saya kaki kereta, tahap tegar, saya okay sahaja sentiasa menyokong. Tidak salah pun dia minat kereta tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki, dia lain.

“Dia obses naik kereta, yang kena pandunya adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.
Kalau perasaan tengah tidak okay, ajak naik kereta, selesai terus,” tulisnya di Facebook.

Tambahnya, isterinya mula minat naik kereta sejak jadi suri rumah sepenuh masa bermula pada tahun 2016 setelah berhenti kerja sebagai pensyarah.

Jelasnya, banyak faedah yang boleh dimanfaatkan daripada perkara tersebut.

“Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya, macam masa bersendiri bagi dia. Banyak boleh borak, berbincang, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur.

“Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusukmu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI