fbpx

Maut kerana hendak elak bayar tambang tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pintu masuk stesen kereta api bawah tanah di Queens. - FNTV

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan maut semalam apabila melompat pada lawang putar stesen kereta api bawah tanah di Queens, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post.

Polis memaklumkan bahawa mangsa patah leher semasa terjatuh di lantai simen akibat tindakannya. 

Lelaki itu dikatakan cuba untuk mengelak daripada membayar tambang tren di stesen kereta api Forest Hills-71st Avenue sekitar pukul 7.45 malam (waktu tempatan). 

Polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Identiti mangsa tidak didedahkan oleh polis.

Stesen tersebut menyediakan perkhidmatan untuk laluan tempatan E, F, M dan R. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI