fbpx

Maut dipukul pencuri kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul individu yang disyaki melakukan jenayah curi kabel elektrik dalam kejadian di kawasan lapang berhadapan sebuah pejabat terbiar di Kingfisher tengah malam tadi. -Foto: Ihsan PDRM

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul individu yang disyaki melakukan jenayah curi kabel elektrik dalam kejadian di kawasan lapang berhadapan sebuah pejabat terbiar di Kingfisher tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa yang berusia 50 tahun berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian dikatakan keluar daripada rumah pada 10.30 malam bagi memeriksa fius elektrik yang terdapat di lokasi kejadian selepas bekalan elektrik di rumah kongsi mangsa terputus.

“Bagaimanapun, rakan mangsa bersama anaknya menyusul ke lokasi kejadian berikutan masalah bekalan elektrik yang terputus walaupun selepas sejam berlalu.

“Ketika sedang membuat pemeriksaan, rakan mangsa terdengar bunyi salakkan anjing sebelum memeriksa keadaan disekeliling dan menemui kelibat orang dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri dengan kesan tompokan darah.

“Lelaki terbabit terus menghubungi rakannya (si mati) yang bekerja di lokasi berkenaan dan terkejut apabila bunyi deringan telefon bimbit itu bersebelahan dengan kelibat lelaki yang tertiarap.

“Menyedari situasi terbabit, rakan mangsa terus menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi menyatakan siasatan lanjut di lokasi dengan bantuan pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati mangsa mengalami cedera kesan bengkak di mata dan kesan remuk pada dahi disyaki dipukul menggunakan objek keras.

“Kita turut menemui sebatang kayu disyaki digunakan suspek untuk menyerang mangsa.

“Siasatan lanjut di dalam bilik fius yang terletak tidak jauh dari mayat ditemui mendapati terdapat kabel elektrik dipotong disyaki dicuri suspek yang tidak dikenali,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI