fbpx

Empat suspek kes samun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas berkaitan kes samun di sebuah premis di Damansara Damai, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Seorang wanita dan tiga lelaki warganegara tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan samun di sebuah premis perniagaan di Damansara Damai di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, empat individu terbabit berumur 19 hingga 30 tahun telah ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan pengadu yang juga pembantu kedai, kira-kira pukul 10 malam tiga lelaki melayu tidak dikenali telah memasuki bilik mangsa dan mengacukan sebilah pisau serta memaksanya menyerahkan wang yang dimiliki.

“Mangsa telah kerugian lebih kurang RM19,000 serta sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan penahanan keempat-empat suspek itu,  Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya berjaya merampas beberapa barang yang disyaki digunakan semasa melakukan kegiatan jenayah samun dan juga sejumlah wang tunai.

Antara yang dirampas sebuah kereta jenis Proton Satria, sebilah pisau jenama SK berukuran lebih kurang 30 sentimeter, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu rangkai kunci, dua buah beg bimbit serta wang tunai berjumlah RM7,000.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan bersenjata,”jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek wanita tersebut telah bertindak sebagai perancang.

Selain itu jelasnya, wanita terbabit juga pernah bekerja dipremis tersebut selama tiga bulan pada tahun 2019 dan telah mengajak rakan suspek yang lain bagi menjalankan kegiatan jenayah samun di premis tersebut.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI