fbpx

Banjir: Tujuh keluarga di Banting dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Kelanang, Banting malam tadi.

KUALA LANGAT – Sebanyak tujuh keluarga di Kampung Sungai Nangka dan Kampung Klanang, Banting di sini, dipindahkan akibat banjir setakat ini.

Pemindahan kesemua mangsa terdiri daripada 20 individu itu dilakukan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 0.6 meter semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, banjir itu berlaku ekoran hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar di kawasan berkenaan.

Katanya, pemindahan pertama melibatkan penduduk Kampung Sungai Nangka selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 petang semalam.

“Kesemua mangsa terdiri daripada 15 individu daripada enam keluarga yang dipindahkan secara berperingkat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati paras air memasuki kediaman mereka setinggi 0.6 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, pihaknya kemudian turut berjaya memindahkan lima mangsa dari sebuah keluarga di Kampung Kelanang yang turut dilanda banjir.

“Kesemua 20 penduduk dua kampung itu dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Sri Langat. Ada daripada mereka turut menumpang sementara di rumah keluarga terdekat,” katanya.

Tambah Norazam, pemantauan pihaknya mendapati banjir mula surut berikutan paras air semakin menurun setakat pukul 10 pagi tadi. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI