fbpx

Sardin, mi segera bukan lagi makanan orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sardin dan mi segera tidak dianggap sebagai makanan orang susah seperti sebelum ini kerana harganya yang tinggi.

PETALING JAYA – Jika dahulu, ketika kesempitan kewangan terutamanya golongan pelajar di universiti, mi segera serta ikan sardin tin menjadi pilihan.

Dimasak dengan sedikit cili, bawang dan kemudian makan dengan nasi panas-panas membuatkan aroma dan rasa ikan sardin tin cukup sedap.

Begitu juga dengan mi segera, kadang-kadang kuah karinya juga turut digunakan untuk dijadikan kuah sampingan kepada nasi ketika wang sudah tiada dalam poket.

Namun, situasi itu telah berubah apabila harga serta kuantiti dua makanan yang terkenal ini tidak lagi seperti sebelum ini.

Melalui perkongsian di satu laman Facebook Nadzirah Fauzi baru-baru ini berkata, makan ikan sardin ibarat seperti orang berada ketika ini.

“Pelik dengan harga sardin tin sekarang, tin leper berharga RM9.30, tetapi di dalamnya cuma ada tiga tongkol saja.

“Sekurang-kurangnya setongkol RM3.10. Mahalnya harga, nampaknya, ikan sardin bukan lagi seperti dahulu,” jelasnya.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan perkongsian tersebut dan menyifatkan dunia kini serba serbinya sudah berubah.

“Kami masa belajar dulu kutip duit. Dapat beli ikan sardin pun dah syukur. Ada duit lebih beli telur untuk menu tambahan, telur dadar.

“Kami makan berjemaah dan sardin yang berharga RM2.50 masa tu paling istimewa, sedap, masya-Allah,” kata Eta Rihana.

“Mi segera sekarang tidak sama macam dulu, isinya padat, sekarang dah longgar harga pula naik.

“Nak makan sardin kena fikir dua kali, lebih baik beli ayam seekor tambah je seringgit dua lagi,” jelas RuhaizanWB190. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI