fbpx

Pakar bimbang manusia jadi kanibal jika menetap di planet lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS-SAINTIS turut percaya bahawa manusia perlu membuat percubaan untuk tinggal di lokasi-lokasi yang ‘berdekatan’ dengan Bumi iaitu Marikh atau Bulan. -AFP

LONDON – Para saintis memberi amaran bahawa manusia yang menetap di planet lain berpotensi menjadi kanibal sekiranya gagal menguruskan tanaman dan sistem pertanian dengan baik, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut saintis, sebarang penjajahan angkasa lepas berpotensi menyebabkan manusia untuk makan antara satu sama lain sekiranya kehabisan makanan dan tidak menerima bekalan mencukupi dari Bumi.

Justeru, lebih banyak persediaan diperlukan memandangkan manusia diramal mula menjajah angkasa lepas menjelang akhir abad ke-21.

“Walaupun teknologi meningkat, populasi manusia yang terpencil boleh merosot dengan cepat.

“Atas sebab itu, saya percaya mana-mana ‘sistem’ yang ada perlu diuji terlebih dahulu sebelum manusia berani menetap di angkasa lepas,” kata profesor astrobiologi di Universiti Edinburgh, Profesor Charles Cockell.

Antara lokasi penempatan kekal angkasa lepas yang dicadangkan adalah di bulan Musytari, Calliston, atau bulan kedua terbesar Zuhal, Titan.

Selain itu, saintis-saintis turut percaya bahawa manusia perlu membuat percubaan untuk tinggal di lokasi-lokasi yang ‘berdekatan’ dengan Bumi iaitu Marikh atau Bulan.

Ini kerana ia akan memudahkan proses menghantar sebarang bekalan dari Bumi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI