fbpx

Kesihatan tak mengizinkan, Anzalna berbadan dua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA NASIR

SELEPAS negara dilanda bencana banjir kilat baru-baru ini, ramai selebriti tanah air turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas.

Rata-rata mereka menyalurkan bantuan dengan memberi barangan keperluan dan terlibat dalam proses pembersihan kediaman yang terjejas.

Turut memerah keringat ialah Anzalna Nasir. Katanya, dia sebak dan sayu melihat keadaan semasa rumah mangsa.

“Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang. Saya bersyukur dapat sertai misi bantuan mangsa banjir kerana derma duit sahaja tidak puas.

“Selepas ini tidak dibenarkan turun padang disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan,” tulisnya.

Selain rasa tidak puas menderma, ayat terakhir Anzalna turut mengundang tanda tanya sehingga ada yang mengandaikan pelakon itu sedang berbadan dua dan dihujani dengan ucapan tahniah.

“Allhamdullillah, Eidrees nak dapat adik ke tu?” soal seorang netizen.

Jika benar andaian netizen, tahniahlah Diva ucapkan dan jangan lupa berkongsi kepada peminat.

DIVA: Semoga Abang Viva sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki untuk membantu lebih ramai orang di luar sana. Anda hero Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI