fbpx

Janggut aku pula disuruh ‘rebonding’ – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ menjadi usikan netizen apabila ada yang menyuruhnya meluruskan janggut.

PETALING JAYA – Kerana seorang, habis semua lelaki berjanggut terkena tempias.

Begitulah situasi yang dilalui aktor popular, Sharnaaz Ahmad apabila terdapat segelintir individu yang memintanya meluruskan (rebonding) janggutnya.

Difahamkan, perkara tersebut tercetus gara-gara seorang ahli perniagaan yang baru mendirikan rumah tangga bersama seorang selebriti semalam.

“Disebabkan orang lain, janggut aku pula yang disuruh rebonding.

“Hey! Sama tapi sangat berbeza,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dalam perkongsian lain, pelakon drama tersebut turut memuat naik foto dia telah memotong dan merapikan janggut serta jambangnya.

“Okey aku dah kemaskan jambang supaya tiada kekeliruan,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI