fbpx

[VIDEO] Lembu ‘manja’ seperti kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi seekor lembu yang manja seperti seekor kucing.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, haiwan manja, jinak serta suka dibelai adalah kucing.

Namun, kini takhta itu tidak lagi terhad kepada kucing apabila seekor lembu milik seorang lelaki turut berkelakuan seperti itu.

Ini terbukti apabila sebuah klip video yang tular di laman Facebook memaparkan seekor lembu berkelakuan manja dengan pemiliknya sehingga dilihat tidur di atas riba.

Selain itu, haiwan terbabit semakin manja apabila dibelai dan diusap pada bahagian bawah dagunya seolah-olah seperti seekor kucing.

Menerusi klip video berdurasi 50 saat itu juga kelihatan lembu yang diberi nama Aboi itu turut bermain dan bermanja dengan seekor kucing.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur dengan keletah Aboi dan menyifatkan haiwan itu sudah lupa asal usulnya adalah seekor lembu.

“Dia lupa dia lembu, rasa diri meoww (kucing) tu,” tulis Nussyah Syahirmi pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd. Afiq.

“Dia punya manja tak nak kalah dengan kucing. Kalau macam ni nak sembelih pun tak sanggup,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI