fbpx

Guardiola resah prestasi semasa Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyeru barisan pemain untuk tidak memandang mudah ancaman yang diberikan oleh Arsenal menje­lang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates malam ini.

Kata Guardiola, The Gunners kendalian Mikel Arteta menunjukkan prestasi berbeza pada musim ini dalam usaha memburu slot ke Liga Juara-Juara selain menganggap Arsenal ketika ini adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Kami mengharungi jadual yang cukup padat sejak minggu lalu dan fokus pasukan selepas ini sudah tentu pertemuan menentang Arsenal. Secara peribadi, mereka antara pasukan yang menunjukkan peningkatan dan cukup konsisten musim ini.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan jika Arsenal yang sekarang bukanlah Arsenal yang lepas kerana ini adalah yang terbaik sejak lima tahun lepas. Jus­teru, saya mahu semua pemain fokus dan tidak pandang rendah dengan kualiti pasukan lawan,” katanya.

Sebagai rekod, skuad The Citizens kini berada dalam kelas tersendiri apabila mudah memacu carta EPL dengan ke­lebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat apabila me­ngutip 50 mata selepas mengharungi 20 perlawanan musim ini.

Sementara itu, tonggak pertahanan City, Aymeric Laporte turut menyeru agar rakan-rakan sepasukan tidak mendabik dada dengan prestasi semasa kerana perjalanan liga masih lagi panjang dan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh lima bulan akan datang.

“Kita telah mengharungi tahun yang cukup sempurna pada tahun 2021 kerana berjaya menang saingan EPL musim lalu dan kini berada di posisi terbaik untuk mempertahankan kejuaraan.

“Namun, semua pemain perlu bekerja keras kerana kedudukan kami masih belum selesa,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI