fbpx

Banjir: 8 PPS dibuka di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda daerah Segamat, awal pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seramai 457 penduduk di daerah Segamat dekat sini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, lima PPS mula dibuka kira-kira pukul 10 malam tad.

Jelasnya, PPS itu melibatkan Balai Raya Kampung Sermin, Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (C) Ai Chun dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang.

“Lima PPS dibuka apabila kawasan Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Tenang dinaiki air.

”Pada pukul 12.01 tengah malam pula, empat lagi PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Gelang Chinchin dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang membabitkan penduduk di semua kampung itu serta Kampung Sedeng,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Vidyananthan berkata, bagaimanapun pada pukul 12.01 tengah malam, PPS Balai Raya Kampung Lembah Bakti ditutup dan semua mangsa di PPS itu dipindahkan ke PPS SRJK (C) Ai Chun.

Katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyediakan bekalan makanan di semua PPS.

Setakat ini, Vidyananthan memaklumkan tiada PPS dibuka di daerah lain. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI