fbpx

Ajal pengurus stesen minyak sewaktu memukat ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Anuar mati lemas ketika sedang memukat ikan di kawasan ladang kelapa sawit, hari ini.

KEMAMAN – Keghairahan tiga sahabat memukat ikan sewaktu musim tengkujuh bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas di Ladang Rakyat Mak Lagam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.18 pagi itu, mangsa, Saiful Anuar Mustafa, 39, lemas selepas terjatuh dari pelampung yang dinaikinya.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sewaktu kejadian, mereka sedang memukat ikan di kawasan ladang kelapa sawit yang dinaiki banjir terbabit.

“Mangsa (Saiful Anuar) kemudiannya didakwa kesejukan dan mahu naik tebing. Sewaktu menghampiri tebing, dua rakannya Hafizuddin Rawi, 27, dan Tuan Zamri Tuan Din, 24, perasan mangsa sudah tiada di atas pelampung dipercayai terjatuh.

“Mereka hanya sedar mangsa yang juga pengurus sebuah stesen minyak di Dungun telah dihanyutkan arus dalam sungai berhampiran,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua rakan mangsa segera berenang untuk menyelamatkan mangsa sebelum berjaya membawanya naik ke tebing.

“Mangsa yang kelihatan lemah telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh dekat sini, bagaimanapun dia disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI