fbpx

Saintis ramal Matahari meletup lima bilion tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Matahari kini berada pada peringkat 'pertengahan usia'. - Getty

CAMBRIDGE, MASSACHUSETTS – Sekumpulan saintis meramalkan Matahari akan meletup atau terbakar sekitar lima bilion tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pasukan dari Balai Cerap Astrofizik Smithsonian di Balai Cerap Kolej Harvard dan Pusat Astrofizik itu membuat pengiraan bagi meramalkan kejadian tersebut selain menyatakan bahawa Matahari kini berada pada ‘pertengahan usia’.

Menurut salah seorang saintis, Paola Testa, pengiraan itu dibuat berdasarkan pemahaman baharu mengenai tindak balas dan gabungan nuklear.

“Kebanyakan perkara dalam bidang sains adalah baharu kerana bahagian penting dalam memahami cara sesebuah bintang berfungsi datang daripada pemahaman mengenai tindak balas dan gabungan nuklear.

“Dengan meletakkan banyak maklumat berbeza daripada pelbagai jenis bintang, ahli astronomi dan astrofizik dapat membina sebuah model tentang bagaimana bintang berevolusi,” katanya.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meskipun Matahari merupakan pusat kepada sistem suria dan amat penting terhadap kehidupan, ia hanyalah sebuah bintang sederhana dari segi saiz.

Ini kerana terdapat bintang lain yang bersaiz sehingga 100 kali lebih besar telah ditemui selain banyak sistem suria lain mempunyai lebih daripada satu bintang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN