fbpx

Lebuh Raya Karak sesak 3 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar CCTV yang dirakam di beberapa kawasan sekitar Lebuh Raya Karak -Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Trafik di Lebuh Raya Karak dilaporkan sesak 3 kilometer (km) sebelum dan selepas Plaza Tol Karak Barat.

Menurut laporan Lebuh Raya Pantai Timur di Twitternya tadi, keadaan juga dilaporkan sesak 3.4km dari Km 71.2 hingga Km 74.6 timur berikutan laluan kontra.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati di laluan kontra Km 74.8 – Km 77.1 (Bentong-Karak) hala Kuantan.

Selain itu, trafik turut dilaporkan sesak 900 Meter sebelum Plaza Tol Gombak Barat dan terus ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI