fbpx

Cuaca buruk, pengguna KLK, LPT1 dinasihati rancang perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dinasihati untuk merancang perjalanan susulan ramalan hujan lebat yang dijangka melanda Pantai Timur minggu ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd. Radzi berkata, walaupun keadaan masih selamat pada masa ini, namun pihaknya akan terus memantau paras air di laluan utama serta mengemas kini maklumat melalui rangkaian media sosial.

“Waktu ini, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT 1 berada dalam keadaan selamat dan syarikat sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus.

“ANIH ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kami kekal sebagai keutamaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI