fbpx

2 individu disaman Siti Nordiana fail mohon pindah bicara ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORDIANA

KUALA LUMPUR – Dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagram, memfailkan permohonan untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42, selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 16 Disember lalu di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Siti Nordiana sebagai responden.

Dalam kes saman fitnah yang difailkan Siti Nordiana sebelum ini, kedua-dua pemohon masing-masing merupakan defendan keempat dan kelima.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, antara alasan saman pemula itu ialah jumlah keseluruhan tuntutan responden (Siti Nordiana) terhadap pemohon-pemohon sebanyak RM2.5 juta yang mana satu jumlah yang melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Sementara itu peguam Abang Azlan Abang Ariffin ketika dihubungi yang mewakili Siti Nordiana berkata hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari 2022 (Isnin depan) untuk mendengar permohonan tersebut secara dalam talian di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz,” kata peguam itu.

Pada peringkat sekarang, perbicaraan kes saman fitnah yang masuk kali kedua dan telah berlangsung pada 17 Disember lalu, masih didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan dan perbicaraan itu ditetapkan bersambung pada 4 Januari 2022.

Pada Julai lalu, Siti Nordiana, 37, atau Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Sesyen Sivil di sini dengan menamakan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah.

Writ saman yang dihantar secara emel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI