fbpx

Empat lelaki leka rebus daun ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua periuk yang digunakan keempat-empat suspek untuk merebus daun ketum di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu semalam. /FOTO IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Empat lelaki dicekup semasa sedang leka merebus daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Bongor, di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul pukul 7.45 petang itu, empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun dipercayai merebus daun ketum untuk dijual kepada pelanggan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk pengedaran air ketum termasuk dua periuk besar yang digunakan untuk merebus bahan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam rumah itu turut menemui empat bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum.

“Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Berdasarkan semakan, dua daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah serta jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI