fbpx

Anak mengaku ayah sendiri lelaki ‘gay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pendedahan wanita itu yang dibuat menerusi satu program bual bicara di Youtube baru-baru ini.

PETALING JAYA – Naluri seorang lelaki bergelar ayah yang mempunyai kecenderungan terhadap cinta sesama jenis akhirnya terbongkar selepas anaknya sendiri mendedahkan perkara itu.

Pendedahan itu dibuat seorang wanita ketika mengikuti sesi bual bicara bersama seorang ‘content creator’ di YouTube menerusi akaun Hazeman Huzir.

Menurut wanita itu, ayahnya sudah beberapa kali ‘kantoi’ dengan dengan anak-anaknya sejak mereka kecil dengan memperlihatkan keinginan lelaki itu terhadap kaum sejenis.

“Ayah dan mak berkahwin selepas diaturkan oleh nenek dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk saya. Bagaimanapun, mereka sudah bercerai.

“Perbuatan ayah diketahui oleh abang saya dahulu dimana ketika emak tiada di rumah, ayah berada dengan lelaki lain. Dia juga sudah minta maaf dan kami sudah tidak pendam apa-apa lagi,” katanya dalam sesi bual bicara itu.

Jelasnya, nafsu songsang ayahnya juga turut terbongkar ketika dia mahu masuk ke asrama apabila telefon bimbit diberikan mempunyai video lucah sesama jenis.

“Abang kedua juga pernah masuk ke dalam bilik dan melihat ayah hanya memakai tuala bersama individu lain,” jelasnya.

Ketika ditanya mengapa ibu dan ayahnya mengambil keputusan untuk berpisah, wanita itu berkata, ibunya mendedahkan lelaki itu tidak memberikan nafkah batin hampir lima tahun.

“Ayah lima tahun tidak sentuh emak dengan alasan mati pucuk, tetapi ibu kata ayah mempunyai ramai kawan lelaki dan minta saya untuk memahami situasi itu.

“Sebenarnya ayah yang mahukan penceraian itu tetapi emak masih bertahan kerana memikirkan nasib anak-anak,” ujarnya.

Difahamkan, ayah wanita itu kini sedang dirawat di hospital kerana dijangkiti penyakit HIV ekoran gaya hidup songsang yang diamalkan sebelum ini. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI