fbpx

Real guna ‘senjata sulit’ pujuk Rudiger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER (kanan) yang bakal berhijrah secara percuma pada musim panas nanti menarik minat banyak pasukan selepas menolak tawaran daripada Chelsea. – AFP

LONDON – Real Madrid dilaporkan menggunakan khidmat dua pemainnya untuk memujuk pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger untuk menolak kontrak baharu bersama pasukan itu dan menyertai mereka di Santiago Bernebeu secara percuma musim panas ini.

Kontrak semasa pemain dari Jerman itu bakal berakhir pada Jun ini dan rundingan kontrak baharu masih belum menemui kata putus selepas Rudiger menolak tawaran terakhir Chelsea dan meminta gaji yang lebih tinggi.

Dalam perjanjian baharu yang ditawarkan, Chelsea bersedia menawarkan gaji mingguan sebanyak £140,000 (RM786,000), namun Rudiger percaya dia sepatutnya mampu untuk mendapatkan jumlah lebih daripada itu.

Situasi itu menyebabkan Real cuba mencuri kesempatan apabila bersedia dengan tawaran sekali ganda daripada jumlah berkenaan dan ia seperti menepati apa yang diinginkan Rudiger yang mahu gajinya dinaikkan sehingga £200,000 (RM1.12 juta) seminggu.

Justeru, Real dikatakan sudah menghantar dua ‘ejen’ mereka, Eden Hazard dan Thibaut Courtois yang juga ­merupakan bekas pemain The Blues untuk menceritakan me­ngenai perkara-perkara baik di kelab itu.

Real terdesak untuk bertindak pantas dalam isu Rudiger kerana beberapa pasukan lain seperti Juventus, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain dianggap mampu mencabar tawaran yang mampu mereka berikan kepada pemain berkenaan.

Situasi semasa ini menambah tekanan kepada Chelsea apabila mereka juga berdepan kemungkinan kehilangan tiga lagi pemain pertahanan, Cesar Azpilicueta, Andreas Christensen dan Thiago Silva yang memasuki fasa enam bulan terakhir kontrak mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI