fbpx

Banjir: Bekalan elektrik di 831 kawasan pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bekalan elektrik di 831 kawasan yang terjejas di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook Tenaga Nasional Bhd. (TNB) Careline, ia melibatkan 510 kawasan di Pahang, 178 kawasan di Selangor, 118 kawasan di Kuala Lumpur dan 25 kawasan di Negeri Sembilan.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum terima bekalan elektrik, ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan yang terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, ia bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Para pelanggan dinasihatkan supaya kekal selamat dan sentiasa berhati-hati.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, letakkan peralatan elektrik di tempat yang lebih tinggi dan selamat daripada ditenggelami banjir,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI